Thursday, 2 August 2012

PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL

NAMA KERTAS : PENDIDIKAN MORAL
KOD KERTAS    : 1225/1
MASA                  : 2 JAM 30 MINIT

Bentuk Penyoalan
80 markah =  8 x 10 markah (8 soalan struktur - wajib jawab semua soalan)
20 markah =  2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan)
Pengurusan masa (150 minit)
Soalan Struktur: Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minitsoalan esei        : Gunakan 20 minit untuk setiap soalan      = 40 minitBaki 10 minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab soalan-soalan yang agak sukar
Bentuk Penyoalan
Bahagian A: Soalan Struktur
Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah:
o nilai, definisi nilai, penjelasan nilaio akta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsepo isu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi)
Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mesti hafal nilai, definisi/kata kunci nilai, dan penjelasan nilai.
Contoh penyoalan:
o Nyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll …………….o Berikan maksud nilai …………….o Berikan definisi nilai ……………..o Huraikan nilai/kesan/punca.akibat dll………….o Jelaskan nilai/kesan/akibat/punca dll……………o Terangkan nilai/kesan/akibat/punca dll……………
Bahagian B: Soalan Esei
Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah huraian nilai berdasarkan:
·                                  isu
·                                 situasi
·                                 ilustrasi
·                                 petikan akhbar
·                                 puisi
·                                 dsb



Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai

Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:
·                                 kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan
·                                 hafal definisi nilai atau kata kunci
·                                 kaitkan definisi dengan situasi soalan
Contoh soalan
Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)

1.
Nyatakan  satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)
2.
Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah)
3.
Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
4.
Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)
Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)

1.
Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)
2.
Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
3.
Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
4.
Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)
Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah) 

1.
Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
    Jawab dalam 2 ayat sahaja.
(N. W+kk.)
2.
Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah)
    Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.)
3.
Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)
    Jawab 2 ayat untuk setiap nilai.
(N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)
2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut:
·                                 Akta
·                                 Dasar
·                                 Nama-nama pertubuhan
·                                 Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah
·                                 Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
·                                 Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah 
Contoh soalan
Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll
1. Berikan satu
agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah)
2. Senaraikan tiga
badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah)
3. Nyatakan satu
organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah)
4. Senaraikan dua
tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah)
5. Nyatakan satu
akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah)
Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ......
1. 
Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah)
2.
Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah)
3.
Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah)
4.
Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)
Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ .....
1.
Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
    Cadangan. Contoh.
2.
Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah)
    Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.
3.
Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah)
    Kepentingan. Contoh.
4.
Terangkan dua punca pencemaran alam. (4 markah)
    Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.

No comments:

Post a Comment